Friday, 26 April 2019

Kelemahan

Semua diuji dengan kehendak masing-masing.
Dicabar dengan ujian yang berlainan.
Tidak kira jenis ujian; ujian dalaman, ujian luaran dan sebagainya.
Tetapi ingatlah wahai teman,
Ingatlah wahai diri.
Setiap ujian itu dicipta hanya untuk diri ini.
Direka khusus untuk diri ini yang lemah.
Jangan lupa.
Jangan sesekali melupakan
Ketika engkau merasa lemah,
Merasakan engkau tidak sempurna,
Menghukum yang diri ini pendosa,
Ingatlah itu hanyalah permainan semata-mata.
Jangan sesekali pandang diri ini tidak layak
Kerana itulah sikap kita yang semula jadi.
Seorang yang sentiasa melakukan dosa, sentiasa lemah atas semua cabaran,
Tetapi yang luar biasa,
Yang berseronok menginkari nikmat, melakukan kerosakkan dan sentiasa berdosa ..
Adalah yang lemah sebenar-benarnya.

No comments:

Post a Comment